1000 Asia Pacific J Clin Nutr (1996) 5: 88-91 Chinese and Indonesian

Energy, protein, fat and carbohydrate intake of underweight, normal weight and obese government office workers in an urban area

Fatimah Arshad, Idris MN, Romzi MA and Faizah H

Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition (1996) Volume 5, Number 2: 88-91


Pengambilan tenaga, protein, lemak dan karbohidrat di kalangan kakitangan kerajaan yang

kurang berat badan, berat badan normal dan obes di satu kawasan bandar.

Fatimah Arshad, Idris MN, Romzi MA and Faizah H

Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition (1996) Volume 5, Number 2: 88-91

Diet merupakan salah satu faktor utama yang menyumbangkan kepada kejadian obesiti, selain daripada faktor genetik dan pengeluaran tenaga. Objektif kajian garis lintang ini adalah untuk menilai hubungan di antara pengambilan tenaga, karbohidrat, protein dan lemak dengan status berat badan. Seramai 185 orang lelaki dan 196 orang perempuan Melayu berusia 18 tahun dan ke atas dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Tinggi dan berat badan mereka diukur untuk menentukan Indeks Jisim Tubuh (BMI). Profail diet diperolehi melalui kaedah Ingatan Diet 24 jam dan Frekuensi Makanan untuk menentukan purata pengambilan nutrien sehari. Lain-lain maklumat diperolehi daripada soalselidik yang telah diprauji dan dikodkan. Subjek teleh dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu individu yang kurang berat badan (BMI <

20kg/m2), individu berberat badan normal (BMI 20-25kg/m2) dan individu obes (BMI > 25kg/m2). Didapati prevalens obesiti ialah 37.8%. Kajian ini menunjukkan bahawa min pengambilan tenaga oich responden ialah 1709.2 ± 637.3 kkal/hari. Komposisi tenaga terdiri dari 55.7 ± 7.6% karbohidrat, 29.7 + 21.7% lemak dan 15.6 ± 3.8% protein. Tidak terdapat perbezaan dari segi komposisi pengambilan tenaga di antara ketiga-tiga kumpulan. Hasil kajian menunjukkan pengambilan tenaga dan karbohidrat oleh kumpulan individu berberat badan normal dan obes adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan individu kurang berat badan (p<0.05). Walaubagaimanapun, tidak terdapat perbezaan di antara status berat badan dengan pengambilan lemak.


to the top
       
back to the article


Copyright © 1996 [Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition]. All rights reserved.
Revised: January 19, 1999.

0